Program Keselamatan Siber

5 November 2018 | Aktiviti Terkini

Advokasi adalah antara usaha SKMM untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum mengenai penggunaan internet, sosial media, gadget dan yang berkaitan teknologi. Pihak umum harus mengetahui peranan mereka dalam penggunaan seharian teknologi seperti etika di sosial media, keselamatan penggunaan gadget dan banyak lagi.

Program Keselamatan Siber ini merangkumi pelbagai aktiviti. Terdapat 12 peserta menyertai program ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah Safety Word Search, Kahoot, KDB & Advokasi serta Google Training (Be Internet Awesome!). Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh MIV PI Kg Lambir.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali